Sunday, 27 February 2011

Dinar emas, dirham Perak dilancar esok

ARKIB : 27/02/2011

Dinar emas, dirham Perak dilancar esok

IPOH 26 Feb. - Perak akan melancarkan dinar emas serta dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pada Isnin ini.
Projek hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu akan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan GoldNet, pembuatan dinar dan dirham berkualiti tinggi itu melibatkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
"Dinar dan dirham Perak direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.
"Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak," kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu juga, GoldNet telah melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.
Menurutnya lagi, Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

Friday, 25 February 2011

Teknik Pelaburan Emas

Sebelum ini saya ada menjelaskan sedikit maklumat tentang teknik menyimpan emas. Sebagai kesinambungan bagi topik tersebut, di sini saya maklumkan serba sedikit teknik-teknik membuat pelaburan menggunakan emas. Dikalangan kita mungkin ramai yang menyimpan dan mengumpul emas tetapi tidak tahu bagaimana untuk menggandakan emas tersebut.

Kebanyakannya hanya menunggu harga emas tinggi kemudian baru bercadang untuk menjualnya. Kebanyakannya juga sangat sayang untuk menjual emas walau pun nilai emas tersebut telah mencapai harga yang tinggi. Jadi bagaimanakah caranya untuk menambahkan emas atau mendapatkan hasil daripada emas daripada emas sedia ada? Disini saya cuba sampaikan beberapa teknik yang difikirkan sesuai jika diaplikasikan. Walaubagaimana pun perlu diingat kepada pembaca, sebelum mengikut teknik-teknik ini, pertimbangan dan ilmu yang cukup sangat-sangat diperlukan bagi mengelakkan risiko dan kerugian.

Mengandakan Emas

Kebanyakan kita pasti sukar untuk mengeluarkan modal yang besar untuk menambah emas. Masalah ini boleh di atasi dengan menggunakan kemudahan pinjaman Al-Rahnu. Bagaimanakah caranya?

  1. Gunakan emas sedia ada, Tidak memerlukan banyak dokumen cuma perlu bawa kad pengenalan dan emas sahaja. Antara agensi yang menyediakan perkhidmatan Al-Rahnu adalah Bank Rakyat dan Agro Bank.
  2. Anda akan dapat 60%-70% dari nilai emas sedia ada dari pinjaman Al-Rahnu.
  3. Daripada pinjaman yang anda perolehi, bolehlah dijadikan modal untuk menambahkan emas anda.
Contoh pengiraan:
50 gram emas dipajakkan anda akan dapat membeli 30 gram lagi emas (berdasarkan pengiraan 60-70% berat emas). Walaubagaimana pun perlu diingatkan bahawa harga emas fizikal dan nilai emas yang dipajak berbeza. Oleh itu pengiraan secara terperinci perlu dibuat.


Bilakah masa yang paling sesuai?
Bagi saya, masa yang paling sesuai ialah pada masa harga emas dikedudukan paling minimum/rendah dalam pasaran. Walau pun nilai pajakan yang diperolehi adalah rendah, tetapi nilai untuk membeli juga adalah rendah pada ketika itu.

Rasionalnya di sini, harga emas pasti akan naik dari kedudukan terendah tersebut. Bila harga emas berada pada kedudukan tertinggi, pasti anda akan dapat menjana keuntungan. Teknik ini amat sesuai diguna pakai jika anda seorang peniaga emas atau menyimpan emas yang berminat untuk menjualnya pada masa akan datang.

Bagaimana dapat untung?
Dengan modal yang sedikit anda dapat memiliki emas yang banyak melalui kemudahan pinjaman Al-Rahnu. Seperti contoh di atas, dengan 50g emas, anda akan dapat tambah 30g emas, kaedah yang sama boleh diulang untuk mendapatkan 20g emas lagi. Jadi emas anda kini menjadi 100g.
Apabila harga emas melonjak naik, anda jual emas yang ada ditangan dan hasil jualan tersebut anda tebus semula emas yang dipajak satu persatu. Dengan teknik tersebut anda akan dapat gandakan keuntungan dengan modal 50g emas.

Perkara yang perlu diambil perhatian!

    1. Pastikan anda membeli emas dalam nilai yang kecil supaya mudah anda menebus dan menjualnya semula. Sebagai contoh bagi 50g emas, nilai yang sesuai dibeli adalah 5 keping emas seberat 10g. Bagi 100g emas, nilai yang paling sesuai dibeli adalah 5 keping emas seberat 20g.
    2. Pastikan hasil pajak yang diperolehi anda tukarkan semula dengan emas. Jika anda tersilap langkah ini, tidak mustahil anda akan kehilangan semua emas yang dipajak.
    3. Pastikan anda mampu untuk membayar semula pinjaman tersebut berserta upah simpan dalam tempoh yang ditetapkan.
    Mendapatkan Keuntungan Daripada Emas Tanpa Kehilangan Nilainya.

    Teknik ini lebih menjurus kepada pelaburan wang dimana emas disandarkan 100% kepada nilai wang semasa. Teknik ini seperti pelaburan yang menggunakan pelaburan pokok. Bagaimanakah caranya?

    1. Anda perlu membeli emas dalam nilai yang kecil cthnya: dinar emas, syiling emas, gold bar 5 gram.
    2. Beli emas semasa nilai terendah.
    3. Apabila emas mencapai satu tahap yang menguntungkan, anda jual bahagian untung tersebut.
    Contoh pengiraan:
    Anda beli 10 keping dinar emas pada harga RM600. Jadi modal yang telah anda keluarkan adalah 6000. Tunggu sehingga 10 keping dinar emas tersebut menjadi RM6600 atau lebih, baru anda jual sekeping dinar emas. Pada masa tersebut anda telah mendapat untung sebanyak RM600!

    Walau pun dinar anda telah kurang satu tetapi nilai dinar yang disimpan masih lagi bernilai RM6000 iaitu sama seperti nilai modal yang anda keluarkan pada awalnya.

    Teruskan teknik ini jika anda mendapat peluang untuk membeli pada harga yang rendah. Teknik ini tiada risiko dan menguntungkan.

    Mendapatkan Keuntungan Daripada Emas Tanpa Kehilangannya

    Teknik ini sangat sesuai bagi mereka yang menyimpan emas yang mempunyai nilai-nilai yang tersendiri. Kebanyakan daripada penyimpan emas jenis ini sangat sayang untuk menjual emas tersebut. Contohnya emas peninggalan keluarga, pemberian dari seseorang yang istimewa atau emas yang hendak untuk diturunkan kepada anak-anak. Bagi mereka yang berfikiran perniagaan, simpanan seperti ini tidak menguntungkan walau pun emas yang disimpan mempunyai nilai yang semakin tinggi kerana penyimpan tidak dapat sebarang kelebihan daripada emas tersebut. Simpanan seperti ini mungkin juga dianggap sebagai membebankan dan berisiko. Oleh itu disini saya cadangkan satu teknik yang dirasakan sesuai. Walaubagaimana pun diingatkan sekali lagi, pertimbangan yang bijak dan ilmu yang cukup sangat-sangat diperlukan. Bagaimanakah caranya?

    1. Anda perlu menyimpan emas anda ke dalam Al-Rahnu apabila harga emas berada pada kedudukan yang terendah.
    2. Wang pinjaman yang anda perolehi anda pindahkan ke bank yang menyediakan perkhidmatan Gold Saving Account.
    3. Biarkan wang simpanan anda di dalam Gold Saving Account sehingga mencapai harga tertinggi dan keluarkan sebahagian daripada keuntungan tersebut bagi menebus semula emas anda.
    4. Ulang langkah tersebut pada masa yang sesuai dan jika dirasakan perlu.
    5. Selain daripada menyimpan wang pinjaman al-rahnu ke dalam Gold Saving Account, membeli emas fizikal juga adalah teknik yang baik.
    Perkara yang perlu diambil perhatian!
    Pastikan keuntungan yang diperolehi dapat menampung kos upah simpan yang ditetapkan oleh pihak bank. Pengiraan yang teliti sangat penting sebelum membuat pengeluaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Untuk mengurangkan risiko, cari bank yang menyediakan kadar spread yang paling minimum.

    Kelebihan teknik ini:
    Emas yang anda simpan tidak lagi menjadi beban kerana keselamatannya kini lebih terjamin dalam masa yang sama anda boleh mendapatkan keuntungan daripada simpanan tersebut.


    Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ini, jika ada teknik-teknik lain yang dirasakan sesuai akan saya maklumkan disini. Bagi kepada sesiapa yang berminat memulakan pelaburan emas, boleh hubungi saya. Saya bersediakan untuk memberi khidmat nasihat dan panduan secara PERCUMA sehingga anda berjaya menjanakan keuntungan. Terima kasih.

    Tuesday, 22 February 2011

    Emas kini lebih RM4,284 satu auns

    Emas kini lebih RM4,284 satu auns

    2011/02/22

    Ahmet Davutoglu
    Ahmet Davutoglu
    Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga

    HARGA emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat.
    Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.
    Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 (RM5,041.44) satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu.

    Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).

    “Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.

    “Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.
    Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.

    Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

    Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

    Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu.

    Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns. – REUTERS

    Berita Harian 22 Februari 2011

    Monday, 21 February 2011

    Harga emas cecah RM4,650 seaun

    KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.
    Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.
    ''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.
    ''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.
    Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.
    Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.
    Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.
    Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.
    Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.
    Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.
    Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan perniagaan, Choon berkata, pada tahun ini Poh Kong akan menambah tiga lagi cawangan dengan pelaburan sebanyak RM9 juta.
    ''Tiga cawangan tersebut terletak di Semenanjung Malaysia dengan yang pertama adalah di Nilai, Negeri Sembilan dijangka dibuka pada suku pertama tahun ini.
    ''Dua lagi cawangan masih belum dikenal pasti. Pelaburan bagi setiap cawangan adalah sebanyak RM3 juta,'' jelasnya.
    Penambahan tiga cawangan itu akan menyaksikan Poh Kong memiliki 100 buah cawangan di seluruh negara.
    Tambah beliau, setakat ini fokus perkembangan perniagaan adalah tertumpu di Semenanjung Malaysia.
    ''Dalam masa terdekat ini, kami masih belum merancang untuk menambah cawangan di Malaysia Timur dan di luar negara.
    ''Tetapi kami sentiasa meninjau sebarang peluang. Sekiranya ia bertepatan dengan kehendak perniagaan Poh Kong, kami akan pertimbangkan pada masa hadapan,'' katanya.
    Poh kong menguasai 15 peratus pasaran barangan kemas emas dan tahun ini merupakan ulang tahun syarikat itu yang ke 35 tahun.
    Pelbagai promosi dijalankan bagi menyambut ulang tahun itu sehingga 31 Ogos ini.

    Sumber Utusan Malaysia 07/01/2011 

    Thursday, 10 February 2011

    Kenapa emas kalis inflasi?

    Sebelum menulis lebih panjang, saya berminat untuk mengatakan bahawa setiap pulangan daripada pelaburan perlu mengambil kira faktor-faktor berikut:

    1. Inflasi
    2. Potongan zakat (2.5%)


    Saya bukan pakar dalam bidang ekonomi, tetapi maklumat yang ditulis di bawah boleh didapati dalam Buku Teks Ekonomi STPM. Lain-lain sumber boleh didapati dalam internet. Untuk itu saya sertakan bersama hyperlink sebagai rujukan.




    Definisi inflasi dan menghitung kadar inflasi 
    Inflasi boleh di definisikan sebagai suatu proses kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi. Oleh kerana kenaikan harga ini berlaku untuk semua jenis barang maka kita perlu melihat kenaikan harga itu secara purata iaitu dengan menggunakan indeks harga. 
    Oleh itu untuk menghitung kadar inflasi, kita menggunakan rumus berikut;

     

     Jenis-jenis inflasi 

    Inflasi boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu; 

    a.      Inflasi tarikan permintaan. 

    Inflasi jenis ini berlaku disebabkan oleh
    i.   pertambahan bekalan wang.
    ii.  pertambahan perbelanjaan kerajaan.
    iii. peningkatan pelaburan.
    iv. penurunan kadar cukai.  


    Apabila berlakunya perubahan perkara-perkara di atas, maka permintaan agregat akan meningkat. Ini dapat diterangkan melalui gambar rajah di bawah.
     

    Merujuk rajah di atas, keseimbangan tingkat pendapatan negara pada mulanya adalah Y0  dengan tingkat harga P0. apabila AD0 bersilang dengan AS. Pada ketika ini ekonomi belum mencapai tingkat guna tenaga penuh.  

    Apabila terdapatnya pertambahan permintaan agregat, maka AD0 akan beralih ke AD1  maka penawaran agregat turut bertambah dari OY0  ke OY1.  Tingkat harga tidak akan naik kerana pertambahan AD dapat dipenuhi dengan pertambahan AS.  

    Rakyat Zimbabwe ramai yang bergelar jutawan tetapi mereka tiada kuasa membeli

    Apabila permintaan agregat terus bertambah ke AD2 maka ekonomi telah hampir capai guna tenaga penuh. Oleh itu pertambahan AD akan diikuti dengan pertambahan AS yang sedikit sahaja iaitu dari OY1 ke OYF.  Akibatnya tingkat harga mula meningkat ke OP1.   
    Apabila ekonomi telah capai guna tenaga penuh, pertambahan AD seterusnya tidak akan menambahkan AS. Oleh itu tingkat harga akan terus meningkat dari OP1 ke OP2  dan inflasi tarikan permintaan berlaku.  

    b.      Inflasi tolakan kos. 

    Inflasi jenis ini berlaku disebabkan oleh
    i.   kenaikan untung firma.
    ii.  kenaikan upah buruh.
    iii. kenaikan kos faktor pengeluaran. 
    Apabila berlakunya perkara di atas, maka penawaran agregat akan berkurangan dan tingkat harga akan meningkat. Ini dapat diterangkan melalui gambar rajah di bawah.
     

    Apabila ekonomi telah capai guna tenaga penuh, kenaikan untung firma akan menambahkan desakan kesatuan sekerja untuk menuntut kenaikan upah. Kejayaan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah akan meningkatkan kos pengeluaran.  

    Apabila kos pengeluaran meningkat, firma akan mengurangkan penawaran untuk meningkatkan harga. Jika banyak firma mengalami peningkatan dalam kos pengeluaran, AS akan berkurangan dan tingkat harga umum akan naik.  

    Berdasarkan rajah, kenaikan kos pengeluaran pada pendapatan negara GTP, akan mengurangkan AS dari AS0  ke AS1  dan meningkatkan tingkat harga dari OP0  ke OP1. Pengurangan AS seterusnya akan menyebabkan tingkat harga umum terus naik. Kesannya, inflasi tolakan kos berlaku.  


    c.      Inflasi diimport.  

    Inflasi ini berlaku di sebabkan oleh kenaikan harga barang diimport atau kenaikan nilai mata wang asing.  

    Apabila sesebuah negara mengimport barang dari luar negara yang telah mengalami kenaikan harga, barang-barang import tersebut akan dijual dengan harga yang lebih tinggi di pasaran tempatan. Apabila banyak barang diimport mengalami kenaikan harga maka inflasi diimport akan berlaku di negara berkenaan.  

    Kenaikan nilai mata wang asing juga boleh menyebabkan inflasi diimport. Apabila berlaku kenaikan nilai mata wang asing, maka harga barang di luar negeri akan menjadi lebih mahal. Jika barang ini diimport dan dijual di pasaran tempatan, maka inflasi diimport akan berlaku.



    YearJanFebMarAprMayJunJulAugSepOctNovDec
    20101.301.201.301.501.601.701.902.101.802.002.00
    20093.903.703.503.002.40-1.40-2.40-2.40-2.00-1.50-0.101.10
    20082.302.702.803.003.807.708.508.508.207.605.704.40
    * The table above displays the monthly average.


    Kenapa emas kalis inflasi?

    Pada ketika dulu emas adalah salah satu matawang disamping perak, kemudian disandarkan pada nilai wang dan pada masa kini tidak lagi berkait rapat dengan matawang. Walaubagaimana pun emas tetap mempunyai nilai dan permintaan yang tinggi. Pada masa kini, peranan emas lebih kepada barang dagangan dan harganya bergantung kepada permintaan. Oleh sebab itu emas tidak akan mengalami inflasi.

    The Lydian Lion - syiling emas tertua di dunia  rujukan

    Kenapa emas mempunyai permintaan yang tinggi?

    1. Emas adalah simbol kekayaan dan kekuasaan (lihat sejarah Firaun dan Qarun).
    2. Emas mempunyai sifat tarikan kepada manusia dimana sejarah telah mebuktikannya.
    3. Emas sukar dimusnahkan, walau beribu tahun disimpan, sifatnya tidak berubah seperti logam lain.
    4. Emas adalah logam tercantik di dunia.
    5. Emas diiktiraf diseluruh dunia sebagai logam yang amat berharga.
    6. Emas tetap bernilai walau bagaimana pun bentuk dan sifatnya.
    7. Emas tidak boleh dicipta oleh manusia, hanya Qarun sahaja Allah beri kelebihan tersebut.
    8. Emas mempunyai nilai yang besar walaupun saiznya kecil.

    Banyak lagi kalau hendak disebutkan satu-persatu pasti tak habis bercerita tentang kelebihannya. Sebagai kesimpulan bolehlah dikatakan bahawa:

    "Emas itu adalah khazanah yang tidak ternilai dikurniakan oleh Pencipta-Nya untuk Hamba-Nya sehingga ke akhir zaman."

    Apakah bukti bahawa emas dikatakan kalis inflasi? Untuk jawapan tersebut saya amat berminat memaparkan petikan akbar dibawah:

    Sila baca petikan akbar yang diambil dari Utusan Malaysia:

    "Tambang haji naik 11 peratus

    KUALA LUMPUR 15 Mei - Tabung Haji (TH) akan menaikkan bayaran tambang pada kadar minimum sebanyak 11 peratus untuk musim haji tahun ini.
    Dengan kenaikan itu, para jemaah yang bakal mengerjakan ibadah itu dikenakan bayaran sebanyak RM9,980 seorang berbanding RM8,973 ketika ini.
    Walaupun dinaikkan, kadar bayaran mengerjakan haji yang dikenakan kepada jemaah dari Malaysia masih berada di paras terendah berbanding negara lain di rantau ini.
    TH dalam kenyataannya di sini, hari ini berkata, kenaikan pada kadar rendah sejak 2002 itu tidak dapat dielakkan lagi kerana peningkatan kos penginapan dan penerbangan jemaah yang telah meningkat secara berterusan sepanjang lapan musim haji yang lalu."

    ARKIB : 16/05/2009  rujukan

    Jika anda seorang penyimpan wang dan berada dalam situasi tersebut saya rasa pasti budget anda akan tersekat. Mungkin anda kelam kabut untuk menghadapi keadaan tersebut. Sebelum ini saya ada maklumkan bahwa emas adalah kalis inflasi. Buktinya?

    Syarat minima untuk pendaftaran haji adalah RM1300. Jadi anda memerlukan baki sebanyak RM7673 untuk menunaikan haji pada tahun 2009. Katakanlah anda merancang untuk menunaikan haji dalam tempoh 5 tahun, maka anda perlu menyimpan lebih kurang RM150 sebulan bermula dari tahun 2004. Jadi selepas 5 tahun simpanan anda akan jadi RM12495.27 (rujuk jadual dibawah).

    Jadual di bawah adalah kadar simpanan terkumpul di Tabung Haji dengan pengiraan dividen purata sebanyak 6% setahun.

    Disember Simpanan tetap Simpanan terkumpul Jumlah simpanan semasa Dividen tahunan (6%) Jumlah simpanan dibawa kedepan
    2004 1300.00 1800.00 3100.00 186.00 3286.00
    2005 1800.00 3286.00 5086.00 305.16 5391.16
    2006 1800.00 5391.16 7191.16 431.47 7622.63
    2007 1800.00 7622.63 9422.63 565.36 9987.99
    2008 1800.00 9987.99 11787.99 707.28 12495.27
    2009
    12495.27

























    Pada pengiraan awal anda, simpanan sudah lebih dari kos sebenar dah lebihan wang sebanyak RM3522 itu bolehlah dijadikan wang saku sewaktu di sana. Tetapi bila kenaikan mendadak berlaku, maka baki wang saku anda hanya tinggal sebanyak RM2515 sahaja.



    Bagaimana situasi anda jika anda tukar simpanan wang anda kepada emas?


    Kadar Tukaran RM - USD dari Tahun 1995 - 2010


       1995     2000    2001    2002    2003   2004    2005     2006   2007   2008    2009   2010
    2.5415 3.8000 3.8000 3.8000 3.8000 3.8000 3.7872 3.6669 3.4356 3.3308 3.5245 3.0854
    sumber

    Jika anda menyimpan sebanyak mula menyimpan RM150 sebulan pada Januari 2004 maka simpanan anda pada tahun berikutnya adalah RM1800. Begitu juga dengan tahun-tahun seterusnya. Dengan jumlah simpanan itu, setiap tahun RM1800 tersebut ditukarkan dengan membeli emas mengikut harga pasaran semasa. Oleh kerana nilai emas semakin tinggi, maka bilangan emas (dalam unit gram) yang dapat ditukarkan semakin kurang. Berikut adalah pengiraan yang telah dibuat berdasarkan nilai emas dan pertukaran wang semasa:

    1 auns = 31.10g

    Januari USD/g RM/g Berat emas yang boleh dibeli Baki wang yang terkumpul
    2005 14.47 54.80 30.00 156.00
    2006 17.68 64.83 30.00 11.10
    2007 20.90 71.80 25.00 16.10
    2008 25.72 85.67 20.00 102.70
    2009 27.33 96.32 15.00 457.90

    Melalui pengiraan dalam jadual di atas; perbandingan keuntungan antara simpanan wang dan emas dapat dilihat dengan lebih jelas:

    Harga emas pada Mei 2009 (selepas kenaikan tambang diumumkan) = USD28.94/g
                                                                                                         = RM101.99/g

    Jadi nilai emas yang dikumpul sehingga Mei 2009 = 120g x RM101.99 = RM12238.80

    Simpanan Pendaftaran dalam Tabung Haji = RM1300
    Simpanan emas setelah ditukarkan dalam nilai semasa RM = RM12238.80
    Baki simpanan terkumpul = RM457.90

    Jumlah simpanan = RM1300 + RM12238.80 + RM457.90 = RM13996.70

    Baki simpanan = RM13996.70 - RM9980.00(harga kos haji selepas kenaikan) = RM4016.70
                               
    Walau pun pada ketika harga tambang dinaikkan anda masih mempunyai lebihan wang sebanyak RM4016.70. Pengiraan di atas masih belum termasuk dividen yang dibayar oleh Tabung Haji dari simpanan sedia ada (RM1300 + RM1800 sehingga Disember) setiap tahun.

    * semua pengiraan adalah melalui bacaan graf dan berdasarkan anggaran harga emas spot dan tukaran wang semasa.

    Tuesday, 8 February 2011

    Teknik Menyimpan Emas

    Teknik meyimpan emas adalah berbeza dengan teknik menyimpan wang. Tetapi matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan dan kegunaan pada masa depan. Tetapi ramai yang tidak perasan bahawa simpanan wang untuk jangka masa panjang kadangkala merugikan. Ini disebabkan oleh faktor-faktor kestabilan ekonomi, keamanan negara dan yang paling kerap berlaku adalah inflasi. Sebagai contoh yang paling jelas, pada tahun 1980-an dengan nilai 10 sen anda boleh dapat 5 biji gula-gula, pada era 90-an anda boleh dapat 3 biji gula-gula dan kini dengan nilai 10 sen anda cuma dapat 2 biji gula-gula. Contoh-contoh lain anda pasti perasan daripada perbelanjaan seharian. Dengan RM100 berapa banyak barang yang anda boleh beli pada masa kini? Berapakah yang anda bayar untuk makan tengahari anda pada hari ini?

    Kanak-kanak di Zimbabwe membawa jutaan nilai wang kertas.

    Berbeza dengan emas yang sifatnya kalis inflasi. Percayakah anda, 1400 tahun dulu iaitu pada zaman kebangkitan Islam, harga seekor ayam bersamaan 1 dirham dan harga seekor kambing bersamaan 1 dinar.

     "Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahwa Nabi SAW memberikan wang 1 Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga 1 Dinar. Ia pulang membawa 1 Dinar & satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanahpun, ia pasti beruntung." (H.R. Bukhari)

    Sehingga kini harga ayam masih lagi bersamaan 1 dirham dan kambing bersamaan 1 dinar. 1 dirham bersamaan dengan RM15 dan 1 dinar bersamaan dengan RM650. 

    untuk maklumat lanjut dan bukti bahawa emas kalis inflasi sila klik link di bawah:
    http://emasvsrm.blogspot.com/2011/02/kenapa-emas-kalis-inflasi.html

    Berbalik semula kepada topik asal, disini saya cuba bincangkan 2 teknik menyimpan emas serta kelebihan dan kelemahannya:

    1. Gold Saving Account
    2. Simpanan emas fizikal.

    1. Gold Saving Account

    Gold saving account atau simpanan emas melalui akaun adalah simpanan emas dalam buku akaun yang bergantung kepada sandaran wang pada nilai emas semasa. Transaksi adalah berpandukan nilai jual dan beli bergantung pada kadar emas semasa dan ketetapan yang ditentukan oleh pihak bank. Biasanya harga emas yang dijual oleh pihak bank paling hampir dengan nilai emas pasaran antarabangsa. Jadi kos yang dikeluarkan untuk memiliki emas di dalam akaun adalah lebih murah berbanding dari nilai emas fizikal. 'Spread' bagi harga jual dan beli juga adalah rendah iaitu antara 2% hingga 6%. Selain itu simpanan emas melalui akaun adalah lebih selamat dan menjimatkan kerana tiada kos dikenakan untuk menyimpan emas tersebut dan peratus kehilangan atau kecurian emas adalah kurang.

    Kelemahannya pula adalah, emas ini hanyalah dalam bentuk nilai. Jika penyimpan hendak keluarkan dalam bentuk emas fizikal pelbagai 'charge' seperti insurans, servis dan pelbagai lagi akan dikenakan. Ini mungkin salah satu strategi pihak bank untuk mengurangkan pengeluaran emas fizikal kepada penyimpan. Oleh kerana pengeluaran dalam bentuk emas fizikal amat sukar, jadi kelebihan-kelebihan seperti penyimpan emas fizikal tidak dapat dilakukan oleh penyimpan emas melalui akaun. Antaranya penyimpan emas melalui akaun hanya boleh menjalankan urusan jual beli dengan bank sahaja jadi tidak bebas untuk menjual kepada pembeli yang menawarkan harga yang lebih tinggi. Perniagaan emas juga tidak boleh dilakukan oleh penyimpan emas melalui akaun. Emas yang disimpan juga tidak boleh disandarkan kepada Al-Rahnu.

    Simpanan emas melalui akaun bank boleh dibuat di beberapa bank tempatan. Antaranya ialah:

    1. Maybank
    2. Public Bank
    3. CIMB
    4. UOB

     2. Simpanan Emas Fizikal

    Simpanan emas fizikal kini menjadi satu trend pada masa kini di Malaysia. Mungkin ini disebabkan oleh kesedaran orang ramai terhadap kelebihan-kelebihan bagi penyimpan emas fizikal. Lebih-lebih lagi semakin banyak syarikat tempatan yang mengeluarkan produk emas fizikal untuk simpanan dan pelaburan. Pada ketika dulu emas fizikal kebanyakannya disimpan dalam bentuk perhiasan. Amat jarang orang ramai menyimpan dalam bentuk gold bar, syiling atau dinar.

    Penyimpan emas fizikal lebih bebas berbanding dengan penyimpan emas melalui akaun. Penyimpan emas fizikal boleh melakukan pelbagai jenis teknik pelaburan secara individu untuk mengandakan jumlah simpanan emas mereka. Teknik-teknik ini akan saya terangkan kemudian. Kebanyakan penyimpan emas fizikal menyimpan untuk jangka panjang. Antara simpanan yang jangka panjang yang sesuai ialah:

    1. Simpanan untuk modal perniagaan
    2. Simpanan untuk pelajaran anak-anak.
    3. Simpanan untuk hantaran perkahwinan.
    4. Simpanan untuk menunaikan haji.

    Contoh pengiraan dan teknik menyimpan untuk menunaikan haji boleh dirujuk di sini

    Bentuk-bentuk emas fizikal:

    Barang kemas

    Dinar emas

    Gold bar atau jongkong
    Kelemahan emas fizikal ada tentang keselamatannya. Kebanyakan penyimpan takut untuk menyimpan emas ini di rumah. Masalah ini boleh diselesaikan dengan mengunakan perkhidmatan peti deposit di bank dengan kadar sewaan lebih kurang RM300 setahun. Kadar sewaan ini juga dijamin dengan insurans dengan perlindungan  sehingga RM10 000. Selain itu juga penyimpan boleh menggunakan perkhidmatan Al-Rahnu jika merancang untuk mendapatkan modal untuk menambah pelaburan disamping menyimpan. Kelemahan lain dalam menyimpan emas fizikal adalah kadar 'spread' yang tinggi iaitu boleh mencapai sehingga 25%. Walaubagaimana pun jika anda seorang penyimpan emas fizikal, peniaga dan juga pelabur, pasti anda akan pelajari teknik untuk mendapatkan kadar spread yang paling minimum iaitu sehingga 5%.

    Insyaallah pada masa akan adatang saya cuba terangkan teknik pelaburan dengan menggunakan emas fizikal.

    Terima kasih....

    Emas Vs RM

    Mungkin ramai antara kita yang perasan kenapa harga emas semakin mahal. Sejak dari tahun 2000 sehingga sekarang harga emas telah naik sebanyak 333.33 %! Bayang jika anda memiliki 1 auns (1 auns = 31.10 gram) ketika itu harganya = USD300, kini pada tahun 2011 nilai emas anda = USD1300 = RM4030. Ini bermakna keuntungan purata anda jika menyimpan emas adalah 33.33% bagi setiap tahun.

    Kenaikan harga emas dari tahun 2000 sehingga Januari 2011 dalam USD dan Auns
    1 auns = 30.10 gram
    1 USD = RM3.06 (harga pada 8 Februari 2011)

    Kenaikan ini jika diperhatikan lebih mendadak bermula dari tahun 2006 sehingga sekarang. Harga emas pada Julai 2006 = USD550/auns dan pada Januari 2011 harga emas meningkat kepada USD1400/auns. Ini bermakna peratus kenaikan adalah 154.54%. Bermakna purata kenaikan bagi 5 tahun tersebut adalah 30.8%!.

    Walaubagaimana pun kadar kenaikan dan keuntungan adalah berbeza dengan harga emas di Malaysia. Ini adalah disebabkan sandaran emas kepada matawang USD. Untuk itu di sini saya cuba untuk menerangkan pengiraan keuntungan dalam nilai Ringgit Malaysia.


    Contoh pengiraan peratus kenaikan dari bulan Januari 2010 - Disember 2010

    A. Harga emas pada 1 Januari 2010 = USD1121.50 /auns
    B. Harga emas pada 31 Disember 2010 = USD1405.50/auns
    C. Beza harga emas = USD284/auns
    D. Peratus kenaikan = 284/1121.50 x 100 = 25.32%

    Bagaimana untuk mengira keuntungan dalam RM?

    E. Pada 1 Januari 2010, USD1 = RM3.43
    F. Pada 30 Disember 2010, USD1 = RM3.09
    G. 1 auns = 31.10 gram

    H. harga satu auns emas dalam RM pada 1 Januari 2010 =  A x E = RM3846.75
    I.  harga satu auns emas dalam RM pada 31 Disember 2010 = B x F = RM4343.00

    Jika anda membeli 100 gram emas pada 1 Januari 2010, anda perlu membayar sebanyak:

    J. 100g/31.10 = 3.22 auns

    K. Harga 100 gram emas pada 1 Januari 2010 = J x H = 3.22 x RM3846.75 = RM12386.53
    L. Harga 100 gram emas pada 31 Disember 2010 = J x I = 3.22 x 4343.00 = RM13984.46

    M. Keuntungan = L - K = RM1597.93

    Peratus keuntungan =  M/K x 100 = 12.9%

    Kesimpulan:
    1. Semakin rendah nilai tukaran RM dengan USD maka semakin kecil kadar keuntungan begitu juga jika sebaliknya.
    2. Semakin tinggi kadar kenaikan emas setahun, maka semakin tinggi keuntungan.
    3. Kadar purata kenaikan emas setiap tahun tidak pernah turun tetapi semakin naik!
    4. Menyimpan atau melabur emas adalah kaedah yang paling selamat.
    5. Peratus keuntungan masih tinggi jika dibandingkan dengan pelaburan atau simpanan lain di Malaysia walaupun nilai USD semakin rendah.

    Adakah anda jelas sekarang? Jadi kenapa tunggu lagi? Bertindaklah sekarang.....

    (Insyaallah, pada masa akan datang saya akan terangkan pula cara-cara untuk menyimpan, melabur atau berniaga emas)


    Terima kasih.

    Monday, 7 February 2011

    Emas kepentingan dan kelebihannya

    Mungkin ramai pembaca yang telah tahu apakah kelebihan emas dalam kehidupan seharian. Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana emas dapat menjana ekonomi bagi seseorang individu. Kebanyakan dari kita hanya menumpukan pelaburan yang bersandarkan RM. Sebelum melangkah lebih jauh lagi, di sini saya akan cuba untuk berkongsi maklumat tentang emas dengan lebih dekat. Kebanyakan petikan ini dirujuk dari wikipedia.

    "Semakin banyak ilmu anda mengenai emas, semakin banyak keuntungan yang anda boleh jana."
    (Syukor Hashim, Jutawan Emas)

    Kenapa Emas Bernilai?

    Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

    Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.[1] Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.
    Walaupun digunakan terutamanya sebagai simpanan nilai, emas mempunyai banyak kegunaan industri moden termasuk pergigian dan elektronik. Emas digunakan kerana daya ketahanan yang baik terhadap pengakisan dan konduktor elektrik yang sangat bagus.

    Secara kimia, emas merupakan logam peralihan. Dibandingkan dengan logam lain, emas tulen secara kimianya paling reaktif, mempunyai ketahanan terhadap asid tetapi kurang berkesan terhadap regia aqua asid campuran akua regia yang boleh melarutkan emas. Emas juga larut dalam larutan alkali sianida yang digunakan dalam perlombongan. Emas juga larut dalam merkuri dan membentuk sebatian amalgam. Emas tidak larut dalam asid nitrik, yang boleh melarut logam perak dan logam asas dan sifat ini digunakan untuk mengesahkan kewujudan emas dalam sesuatu benda.

    Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus. Larukan koloid emas pula mempunyai warna berkeamatan tinggi yang biasanya berwarna ungu. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning. Emas juga merupakan logam yang paling boleh tempa dan dimulurkan. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki². Emas biasanya dialoikan dengan logam yang lain untuk menjadikannya lebih keras.

    Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

    Emas tulen mengandungi antara 8% dan 10% perak, tetapi biasanya kandungan tersebut lebih tinggi. Aloi semula jadi dengan kandungan perak yang tinggi dipanggil elektrum. Apabila kuantiti perak bertambah, warnanya menjadi lebih putih dan ketumpatan tentunya berkurangan.


    Sejarah Emas

    Emas (Sanskrit jval, Yunani χρυσος = chrysos, Latin aurum, Inggeris kuno gold) telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) mengatakan logam dan emas ada dinyatakan beberapa kali dalam Perjanjian Lama (Ing. Old Testament). Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia.
    Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut (lihat album emas).

    Matlamat utama ahli alkimia adalah untuk menghasilkan emas daripada bahan yang lain, seperti karbon — kemungkinan melalui tindak balas dengan sejenis bahan dongengan yang digelar philosopher's stone. Meskipun usaha mereka tidak pernah mendapat hasil, namun ahli alkimia telah menaikkan keminatan terhadap bidang melibatkan unsur, yang menjadi asas kepada bidang kimia masa kini. Simbol mereka untuk emas ialah bulatan dengan titik di tengah-tengah, yang merupakan simbol matahari dalam bidang astrologi.

    Pada kurun ke-19, perpindahan secara beramai-ramai disebabkan penemuan emas berlaku bila-bila sahaja longgokan emas dijumpai, termasuklah di California, Colorado, Otago, Australia, Black Hills, dan perpindahan beramai-ramai Klondike.

    Kebaikan Emas

    • Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
    • Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
    • Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
    • Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
    • Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
    • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
    • Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
    • Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
    • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
    • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
    • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
    • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
    • Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

    Emas Dalam Al Quran dan Hadis

    Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :
    "Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)
    "Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)


    Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
    Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
    "Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
    Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)