![]() | |
Kenaikan harga emas dari tahun 2000 sehingga Januari 2011 dalam USD dan Auns |
1 auns = 30.10 gram
1 USD = RM3.06 (harga pada 8 Februari 2011)
Kenaikan ini jika diperhatikan lebih mendadak bermula dari tahun 2006 sehingga sekarang. Harga emas pada Julai 2006 = USD550/auns dan pada Januari 2011 harga emas meningkat kepada USD1400/auns. Ini bermakna peratus kenaikan adalah 154.54%. Bermakna purata kenaikan bagi 5 tahun tersebut adalah 30.8%!.
Walaubagaimana pun kadar kenaikan dan keuntungan adalah berbeza dengan harga emas di Malaysia. Ini adalah disebabkan sandaran emas kepada matawang USD. Untuk itu di sini saya cuba untuk menerangkan pengiraan keuntungan dalam nilai Ringgit Malaysia.
Contoh pengiraan peratus kenaikan dari bulan Januari 2010 - Disember 2010
A. Harga emas pada 1 Januari 2010 = USD1121.50 /auns
B. Harga emas pada 31 Disember 2010 = USD1405.50/auns
C. Beza harga emas = USD284/auns
D. Peratus kenaikan = 284/1121.50 x 100 = 25.32%
Bagaimana untuk mengira keuntungan dalam RM?
E. Pada 1 Januari 2010, USD1 = RM3.43
F. Pada 30 Disember 2010, USD1 = RM3.09
G. 1 auns = 31.10 gram
H. harga satu auns emas dalam RM pada 1 Januari 2010 = A x E = RM3846.75
I. harga satu auns emas dalam RM pada 31 Disember 2010 = B x F = RM4343.00
Jika anda membeli 100 gram emas pada 1 Januari 2010, anda perlu membayar sebanyak:
J. 100g/31.10 = 3.22 auns
K. Harga 100 gram emas pada 1 Januari 2010 = J x H = 3.22 x RM3846.75 = RM12386.53
L. Harga 100 gram emas pada 31 Disember 2010 = J x I = 3.22 x 4343.00 = RM13984.46
M. Keuntungan = L - K = RM1597.93
Peratus keuntungan = M/K x 100 = 12.9%
Kesimpulan:
1. Semakin rendah nilai tukaran RM dengan USD maka semakin kecil kadar keuntungan begitu juga jika sebaliknya.
2. Semakin tinggi kadar kenaikan emas setahun, maka semakin tinggi keuntungan.
3. Kadar purata kenaikan emas setiap tahun tidak pernah turun tetapi semakin naik!
4. Menyimpan atau melabur emas adalah kaedah yang paling selamat.
5. Peratus keuntungan masih tinggi jika dibandingkan dengan pelaburan atau simpanan lain di Malaysia walaupun nilai USD semakin rendah.
Adakah anda jelas sekarang? Jadi kenapa tunggu lagi? Bertindaklah sekarang.....
(Insyaallah, pada masa akan datang saya akan terangkan pula cara-cara untuk menyimpan, melabur atau berniaga emas)
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment