Tuesday, 8 February 2011

Teknik Menyimpan Emas

Teknik meyimpan emas adalah berbeza dengan teknik menyimpan wang. Tetapi matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendapatkan keuntungan dan kegunaan pada masa depan. Tetapi ramai yang tidak perasan bahawa simpanan wang untuk jangka masa panjang kadangkala merugikan. Ini disebabkan oleh faktor-faktor kestabilan ekonomi, keamanan negara dan yang paling kerap berlaku adalah inflasi. Sebagai contoh yang paling jelas, pada tahun 1980-an dengan nilai 10 sen anda boleh dapat 5 biji gula-gula, pada era 90-an anda boleh dapat 3 biji gula-gula dan kini dengan nilai 10 sen anda cuma dapat 2 biji gula-gula. Contoh-contoh lain anda pasti perasan daripada perbelanjaan seharian. Dengan RM100 berapa banyak barang yang anda boleh beli pada masa kini? Berapakah yang anda bayar untuk makan tengahari anda pada hari ini?

Kanak-kanak di Zimbabwe membawa jutaan nilai wang kertas.

Berbeza dengan emas yang sifatnya kalis inflasi. Percayakah anda, 1400 tahun dulu iaitu pada zaman kebangkitan Islam, harga seekor ayam bersamaan 1 dirham dan harga seekor kambing bersamaan 1 dinar.

 "Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata: saya mendengar penduduk bercerita tentang 'Urwah, bahwa Nabi SAW memberikan wang 1 Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau; lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga 1 Dinar. Ia pulang membawa 1 Dinar & satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli tanahpun, ia pasti beruntung." (H.R. Bukhari)

Sehingga kini harga ayam masih lagi bersamaan 1 dirham dan kambing bersamaan 1 dinar. 1 dirham bersamaan dengan RM15 dan 1 dinar bersamaan dengan RM650. 

untuk maklumat lanjut dan bukti bahawa emas kalis inflasi sila klik link di bawah:
http://emasvsrm.blogspot.com/2011/02/kenapa-emas-kalis-inflasi.html

Berbalik semula kepada topik asal, disini saya cuba bincangkan 2 teknik menyimpan emas serta kelebihan dan kelemahannya:

1. Gold Saving Account
2. Simpanan emas fizikal.

1. Gold Saving Account

Gold saving account atau simpanan emas melalui akaun adalah simpanan emas dalam buku akaun yang bergantung kepada sandaran wang pada nilai emas semasa. Transaksi adalah berpandukan nilai jual dan beli bergantung pada kadar emas semasa dan ketetapan yang ditentukan oleh pihak bank. Biasanya harga emas yang dijual oleh pihak bank paling hampir dengan nilai emas pasaran antarabangsa. Jadi kos yang dikeluarkan untuk memiliki emas di dalam akaun adalah lebih murah berbanding dari nilai emas fizikal. 'Spread' bagi harga jual dan beli juga adalah rendah iaitu antara 2% hingga 6%. Selain itu simpanan emas melalui akaun adalah lebih selamat dan menjimatkan kerana tiada kos dikenakan untuk menyimpan emas tersebut dan peratus kehilangan atau kecurian emas adalah kurang.

Kelemahannya pula adalah, emas ini hanyalah dalam bentuk nilai. Jika penyimpan hendak keluarkan dalam bentuk emas fizikal pelbagai 'charge' seperti insurans, servis dan pelbagai lagi akan dikenakan. Ini mungkin salah satu strategi pihak bank untuk mengurangkan pengeluaran emas fizikal kepada penyimpan. Oleh kerana pengeluaran dalam bentuk emas fizikal amat sukar, jadi kelebihan-kelebihan seperti penyimpan emas fizikal tidak dapat dilakukan oleh penyimpan emas melalui akaun. Antaranya penyimpan emas melalui akaun hanya boleh menjalankan urusan jual beli dengan bank sahaja jadi tidak bebas untuk menjual kepada pembeli yang menawarkan harga yang lebih tinggi. Perniagaan emas juga tidak boleh dilakukan oleh penyimpan emas melalui akaun. Emas yang disimpan juga tidak boleh disandarkan kepada Al-Rahnu.

Simpanan emas melalui akaun bank boleh dibuat di beberapa bank tempatan. Antaranya ialah:

1. Maybank
2. Public Bank
3. CIMB
4. UOB

 2. Simpanan Emas Fizikal

Simpanan emas fizikal kini menjadi satu trend pada masa kini di Malaysia. Mungkin ini disebabkan oleh kesedaran orang ramai terhadap kelebihan-kelebihan bagi penyimpan emas fizikal. Lebih-lebih lagi semakin banyak syarikat tempatan yang mengeluarkan produk emas fizikal untuk simpanan dan pelaburan. Pada ketika dulu emas fizikal kebanyakannya disimpan dalam bentuk perhiasan. Amat jarang orang ramai menyimpan dalam bentuk gold bar, syiling atau dinar.

Penyimpan emas fizikal lebih bebas berbanding dengan penyimpan emas melalui akaun. Penyimpan emas fizikal boleh melakukan pelbagai jenis teknik pelaburan secara individu untuk mengandakan jumlah simpanan emas mereka. Teknik-teknik ini akan saya terangkan kemudian. Kebanyakan penyimpan emas fizikal menyimpan untuk jangka panjang. Antara simpanan yang jangka panjang yang sesuai ialah:

1. Simpanan untuk modal perniagaan
2. Simpanan untuk pelajaran anak-anak.
3. Simpanan untuk hantaran perkahwinan.
4. Simpanan untuk menunaikan haji.

Contoh pengiraan dan teknik menyimpan untuk menunaikan haji boleh dirujuk di sini

Bentuk-bentuk emas fizikal:

Barang kemas

Dinar emas

Gold bar atau jongkong
Kelemahan emas fizikal ada tentang keselamatannya. Kebanyakan penyimpan takut untuk menyimpan emas ini di rumah. Masalah ini boleh diselesaikan dengan mengunakan perkhidmatan peti deposit di bank dengan kadar sewaan lebih kurang RM300 setahun. Kadar sewaan ini juga dijamin dengan insurans dengan perlindungan  sehingga RM10 000. Selain itu juga penyimpan boleh menggunakan perkhidmatan Al-Rahnu jika merancang untuk mendapatkan modal untuk menambah pelaburan disamping menyimpan. Kelemahan lain dalam menyimpan emas fizikal adalah kadar 'spread' yang tinggi iaitu boleh mencapai sehingga 25%. Walaubagaimana pun jika anda seorang penyimpan emas fizikal, peniaga dan juga pelabur, pasti anda akan pelajari teknik untuk mendapatkan kadar spread yang paling minimum iaitu sehingga 5%.

Insyaallah pada masa akan adatang saya cuba terangkan teknik pelaburan dengan menggunakan emas fizikal.

Terima kasih....

No comments:

Post a Comment